Isnin, 7 November 2016

perdagangan gaharu dizaman silam

Bau semerbak kayu gaharu yang dibakar dan minyak gaharu amat menusuk namun cukup
 menyenangkan. bau yang asli ini adalah unik dan belum ditemui minyak gaharu sintetik yang boleh menyerupai minyak gaharu asli. ini menyebabkan kayu gaharu dan minyak gaharu menjadi bahan penting dalam keraian agama dan budaya pelbagai bangsa di dunia. menjadi berharga dalam perdagangan antarabangsa di zaman silam mahupun kini.
seawal kurun ke 3M,gahru disebut didalam sebuah babad(chronicle)bernama non zhou yi wu zhi (strange things from the south) karagan wa zhen di zaman dinasti wu.didalamnya disebut bahawa kayu gaharu dihasilkan di wilayah takluk rinan hari ini di bahagian tengah vietnam dan penduduknya memungut kayu gaharu dari kawasan pergunungan.


perdagangan gaharu hari ini
seorang penulis dan wartawan gambar dari san francisco.amerika syarikat bernama eric hansen,telah menjejak aliran perdagangan kayu gaharu bermula dari hutan belantara di bahagian hulu sarawak sehinggalah ianya sampai ke rumah dan masjid di timur tengah.berikut adalah jejak -jejak perdagangan gaharu. 

  • orang penan dan gaharu                                                                                                                                                      salah satu sumber mata pencarian orang penan ialah mencari kayu gaharu.orang penan mahir mengecam pohon tersebut yang sudah banyak beresin. mereka akan menakik-nakik pokok gahru itu dahulu atau memotong dahan dan akar untuk memastikan pokok itu sudah beresin. 
  • singapura - pusat perdagangan gaharu dunia                                                                                                                                                                                             dikatakan 30tahun yang lalu hong kong adalah pusat perdgangan utama bagi kayu gaharu tetapi kedudukan ini telah diambilalih oleh singapura.singapura kini merupakan pusat antarabangsa bagi perdagangan gaharu.                                                                                                                                                                                                        
  • gaharu sampai di pasaran timur tengah                                                                                                                                                                           
      pembeli akan memaklumkan kayu gaharu yang mereka mahu beli mengikut dari mana kayu tersebut berasal dan kualiti yang dikehendaki.kebanyakan pembeli yang datang adalah pelanggan lama dan tidak banyak tawar menawar harga berlaku kerana mereka sudah biasa denga harga.kuantiti yang dibeli tidak besar,cukup untuk dibawa di dalam hand-luggage.                   
         penjual runcit kayu gaharu dan minyak gaharu ramai juga dari kalangan peniaga islam
 didubai ada satu jalan dimana semua kedai adalah kedai menjual oudh,jenama minyak oudh yang termahal dijual oleh syrikat harga mencecah USD850 sebotol 30 gram (1 auns).
         di pasar menjual minyak wangi dan setanggi di kota tua sana'a di yemen,oudh dijual pada harga runcit USD20 segram (USD500 seauns).
  

 

Sabtu, 29 Oktober 2016

pelbagai kegunaan gaharu

  1. ubat-ubatan
  2. wangi-wangian
  3. setanggi dan lain-lain 


  • ubat-ubatan
       kayu  gaharu digunakan untuk tujuan perubatan sejak beribu-ribu tahaun dahulu hingga kini.perubatan moden dan perubatan tradisional tibet dan asia timur.sahih bukhari kurun ke8m menyebut kayu gaharu digunakan untuk mengubati penyakit pleurisi (pleurisy).Nabi SAW lalu bersabda "takutlah kepada allah.kenapa kamu menyakiti anak-anak kamu menekan anak tekak mereka seperti itu?Gunakanlah oudh AL-Hindi boleh menyembuhkan tujuh jenis penyakit termasuklah penyakit pleurisi.''(Hadis nombor 5718,sahih Bukhari).

       pleaurisi adalah penyakit radang pada membren yanag melapisi paru-paru dan rongga torak menyebabkan sakit pada dada semasa bernafas atau batuk dan radang pada pleura.

       orang melayu mencampurkan minyak gaharu dengan minyak kelapa sebagai minyak urut liniment atau gaharu direbus dengan pelbagai ramuan lain untuk merawat sengal-sengal tulang dan sengal-sengal badan


  • wangi-wangian
       wangi-wangian sudah sejak ribuan tahun dahulu dan ini disebut di kitab zabur.
asap gaharu dan minyak gaharu banyak digunakan di timur tengah sebagai wangi-wangian.di india kayu gaharu pelbagai gred disuling dan dicampurkan dengan pelbagai ramuan yanag lain bagi menghasilkan minyak attar,biasanya digunakan oleh orang islam bila hendak bersembahyang kerana wangian gaharu tidak mengandungi alkohol.

        salman al farisi (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud; "barangsiapa mandi pada hari jumaat dan mensucikan dirinya sebaik yang mungkinkemudian membubuh minyak pada rambutnya dan minyak wangi pada dirinya dan terus pergi (ke masjid) untuk bersembahyang jumaat dan merapatkan saf sembahyangnya dan bersembahyang bersungguh-sungguh kerana Allah SWT dan tidak berkata-kata semasa khatib berkhutbah maka Allah ampunkan dosanya dari hari jumaat yang lepas hinggalah pada hari jumaat itu."                                          (Hadis nombor 883,sahih Bukhari).


  • setanggi
kayu gaharu dijadikan setanggi.apabila dibakar mengeluarkan aroma yang menyenangkan. serbuk kayu dicampur dengan bahan-bahan lain dijadikan colok dibakar didalam rumah atau tempat ibadat bagi mengharumkan persekitaran.
memang sudah menjadi budaya orang timur tengah (arab) membakar kayu gaharu untuk mengharumkan dalam rumah khasnya ketika meraikan tetamu.


  • lain-lain kegunaan 
sebagai bahan persolekan (orang melayu) khasnya bagi ibu-ibu selepas melahirkan bayi.
kulit pokok gaharu digunakan alat tulis pada zaman dahulu,misalnya sebagai kertas (vietnam dan china) dan tali pintar twine yang dibuat dari aquilaria malaccensis(melaka).
      

Contoh produk gaharu

Pelbagai bentuk produk gaharu yang diperdagangkan adalah seperti berikut:
1. bahagaian tunggul dan dahan kayu: bahagian ini yang paling besar dari pokok gaharu berukuran 1-2 meter dan beratnya melebihi 10-20 kilogram. Harganya relatif mahal dan kos pengangkutan juga tinggi. Kebanyakan tunggul atau pangkal pokok datang dari Indonesia. Ianya lebih merupakan barang perhiasan.

2. Bongkah atau kepingan kayu gaharu beresin: Inilah yang dibakar untuk mengharumkan rumah, tempat ibadah, pakaian dan tubuh badan. inilah produk gaharu yang dikehendaki oleh pengguna khasnya dari Timur Tengah.

3. Kayu racik dan kayu racik nipis: sebanyak 10-20% dari bahagian kayu gaharu dijadikan kayu racik nipis yang digunakan untuk menghasilkan minyak gaharu melalui proses penyulingan.

4. Serbuk dan abu: bahan buangan dari proses penyulingan. Ianya digunakan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan setanggi dan colok.

5. Minyak gaharu: Hasil perahan kayu racik, kayu racik nipis dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk melalui proses penyulingan.

6. Pelbagai wangi-wangian: Produk mutakhir yang penghasilannya menggunakan pelbagai ramuan termasuklah minyak gaharu dan lain-lain produk serta derivatif gaharu.  

Jumaat, 26 Ogos 2016

APA DIA GAHARU???

Pohon atau pokok gaharu itu adalah sejenis tumbuhan hutan liar malar hijau iaitu daunya tidak pernah luruh. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kayu yang harum (berasal daripada pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis). Sejenis tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii
Ia juga dikenali sebagai pohon gaharu, pohon depu, pohon karas, pohon kikaras dan pohon tengkaras. Manakala dalam bahasa Inggeris pula disebut sebagai agarwood, aloewood dan eaglewood. 
Pohon gaharu yang diserang penyakit atau kulat (fungus) terhasil daripada resin yang terdapat didalam bahagian kayu atau pada hempulur kayu. Bahagian yang beresin inilah yang mengandungi aroma wangi dan biasanya dipanggil "kayu gaharu" (dipanggil dalam bahasa Inggeris agarwood atau dalam bahasa Arab Oudh). 
Kayu gaharu (merujuk kepada bahagian kayu yang beresin) dan minyak gaharu (merujuk kepada cecair hasil perahan gaharu racik) adalah dua produk utama dari pohon gaharu yang berharga dan menjadi barangan yang diperdagangkan diperingkat antarabangsa. 


Sabtu, 27 Jun 2015

Minyak gaharu yang telah siap diproses

 
Pokok Gaharu

Pokok Gaharu

Pokok Gaharu


Latar Belakang Gaharu

Gaharu diperolehi daripada resin tumbuhan Aquilaria Spp. Tumbuhan aquilaria akan mengeluarkan resin sebagai tindak-balas terhadap ‘kesakitan’ secara fizikal, biological , kimia atau gabungan faktor-faktor  tersebut. 

Bagi kayu tumbuhan aquilaria yang mempunyai kandungan resin yang agak rendah, kayu tersebut  telah digunakan sebagai bahan mentah untuk ekstraksi minyak dan bagi kayu yang mempunyai kandungan resin yang tinggi akan membentuk teras (heartwood) gaharu.

Kedua hasilan, samada minyak atau teras telah banyak digunakan di dalam ‘aroma/ wangian dan perubatan. Sementara hampas kayu yang telah diekstrak minyaknya akan digunakan di dalam pembuatan colok (incense) , serta habuk kayunya pula  digunakan sebagai debu dalam majlis keagamaan termasuk di dalam upacara pengurusan jenazah.

Memandangkan resin hanya terhasil pada pokok yang  diserang kesakitan, maka amalan penebangan tanpa pilih (non slective felling) telah menyebabkan tumbuhan aquilaria telah berkurangan. Perkara ini telah menarik perhatian badan-badan dunia, yang kemudiannya telah mengeluarkan keputusan untuk menghadkan kemusnahan tumbuhan aquilaria  bagi memastikan kelestariannya . Memandangkan permintaan dunia kepada hasilan tumbuhan ini semakin meningkat, usaha-usaha untuk menanam tumbuhan ini wajar dijalankan secara terancang.

Tumbuhan aquilaria adalah daripada kelas Magnoliopsida, daripada keluarga Thymelaeceae dan mempunyai beberapa banyak species. Di Malaysia sahaja terdapat tumbuhan ini daripada species  Aquilaria malaccencis (depu kapas), Aquilaria hirta(candan), Aquilaria beccariana  (depu hitam), Aquilaria rostrata yang terdapat di Gunung Tahan. Sementara terdapat penanaman pokok depu yang dibawa dari luar  seperti Aquilaria sub-integra dan Aquilaria crassna daripada Thailand, dan Aquilaria Sinensis daripada China. Nama tempatan bagi pokok depu di sebahagian negeri di Malaysia juga dikenali sebagai pokok karas atau mengkaras.

Perkataan gaharu yang digunakan di dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit ‘aguru’ yang bermaksud kayu berat. Masyarakat cina semenjak purba memanggilnya ‘ ch’en hsiang’ yang bermaksud kayu wangi yang tenggelam di dalam air. Sehingga kini diantara kaedah untuk mengklasikikasikan gred gaharu ialah dengan meletakkannya di dalam air serta memerhati berat kayu nisbah dengan air. I.H Burkhill telah memetik  Bland (1886) yang memberi gred gaharu  daripada Malaka kepada: (1) gaharu candan  (2) gaharu tandok (3) gaharu menjulong-ulong (4) gaharu sikat (5) gaharu sikat lampan (6) gaharu bulu rusa (7) gaharu kemandangan (8) gaharu wangkang.  Tiga jenis gaharu yang awal disebut itu tenggelam di dalam air, yang lainnya terapung di atas air.  Gaharu candan mempunyai permukaan berminyak, hitam dan berkilat, gaharu tanduk hampir menyerupainya. Sementara gaharu menjulong-ulong mempunyai warna hitam tetapi mempunyai rupa selumbar. Sementara gaharu lempong, yang tidak dijual sebagai bahan wangian telah dicatitkan digunakan sebagai bahan rawatan untuk penyakit kuning dan lenguh-lenguh tubuh.
Kegunaan tradisional daripada pokok depu selain daripada minyak dan terasnya, akarnya dan kulitnya telah digunakan sebagai bahan ubat akar-kayu. Kulitnya digunakan sebagai tali, atau sebagai dinding bagi dangau. 

Pokok depu (Aquilaria malaccensis) telah diisytiharkan di dalam  IUCN Red List  pada tahun 2002 sebagai pokok  yang terancam. Tumbuhan ini telah banyak dimusnahkan kerana permintaan dan harga yang baik bagi hasilan gaharu dan juga disebabkan aktiviti pembalakan untuk hasilan kayu dan pertanian. 

Penanaman Pokok Depu

Pokok depu tumbuh di tanah yang ketinggiannya dari paras laut sehingga 800m. Dapat tumbuh di tanah belbagai jenis tanah, semada tanah calcareous, berbatu, berpasir, laterite atau berhampiran paya. Depu merupakan pokok yang lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Biasanya secara tabienya, pokok depu kapas tumbuh di kawasan yang mempunyai lapisan tanah yang tebal, pokok depu hitam pula  tumbuh di kawasan tanah yang tidak mempunyai lapisan yang tebal, biasanya batu hamparnya (bed-rocks) tidak jauh daripada permukaan. Sementara candan tumbuh di kawasan yang berbukit.

Pokok depu tumbuh daripada biji benih daripada buahnya. Biasanya di Kelantan, pokok depu berbuah di sekitar bulan jun sehingga ogos.  Setiap buah mempunyai dua biji benih atau satu. Masa percambahan biji benih depu adalah sekitar dua minggu.

Sekarang ini anak depu juga boleh dihasilkan melalui teknik tisu-kultur, ianya sedang dijalankan di FRIM, Kepong dan terdapat penyelidikan untuk menyediakan anak benih daripada keratan ranting.

Pokok depu boleh ditanam secara ladang yang berbentuk tanaman sejenis (mono-culture) , atau tanaman campur (mix-crops) . Ia juga boleh ditanam sebagai tanaman pagar, atau tanaman selingan di dalam ladang getah dan dusun buah-buahan.

Jarak penanaman yang disyorkan ialah 3mX 3m . Ianya merupakan jarak yang sesuai, tidak terlalu rapat sehingga menyebabkan perebutan ruang cahaya dan nutrient di antara pokok dan tidak terlalu jauh sehingga proses peninggian batang pokok terbantut kerana penumbuhan secara lateral.

Anak pokok yang hendak ditanam hendaklah mempunyai ketinggian minima 0.5m , memandangkan ia mempunyai kelebihan tinggi daripada ditenggelami oleh tumbuhan perosak dan rumput rampai. Ini akan membantu pokok tersebut mendapat cahaya matahari yang cukup serta mengelak terbantut akibat persaingan dengan pokok-pokok liar yang tumbuh di sekelilingnya.pada peringkat awal penanaman (initial advantage).

Anak pokok hasil semaian biji adalah baik berbanding daripada anak pokok yang dicabut selepas anak pokok agak besar, kerana anak pokok yang dicabut akan mengambil masa untuk system akarnya pulih sepenuhnya.
 
Anggaran  Kos Penanaman Depu 

Sekiranya kita membuat anggaran kasar kos bagi kawasan berkeluasan seekar sebagai rujukan, dengan menganggap anak pokok ditanam pada jarak 3m x 4m.

A. Kos Permulaan
1. membersih kawasan RM600-00
2. membuat lubang & tanam RM250-00
3. anak pokok (400 x  RM10) RM4000-00
4. baja  & rock phosphate RM500-00

B. Kos Penjagaan sehingga tahun 5
1. membersih kawasan & sulap RM5000-00
2. baja RM5000-00
3. lain-lain RM2500-00

Kos keseluruhan penanaman RM17’850 bagi 400 pokok
Atau RM44.63/sepokok

C. Kos bagi rawatan untuk penghasilan kayu minyak dan teras sangat bergantung kepada teknik yang akan digunakan , terdapat beberapa option yang dapat dipilih di dalam pasaran pada hari ini.

Kaedah Penanaman Dan Penjagaan Pokok

Lubang seluas 0.75m persegi dibuat  pada jarak yang disyorkan . Tanah bahagian atas (top soil) diletakkan di sebelah. Dan tanah bahagian bawah diletakkan di sebelah. Bahan rampaian organic ke dalam lubang . Campurkan tanah bahagian atas dengan rocks phosphate untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Kemudian masukkan tanah bahagian atas (top soil ) di bahagian bawah dan tanah bahagian bawah di bahagian atas lubang. Kayu pemancang dipancang di sisi pokok yang ditanam dan batang anak pokok diikat secara longgar kepada batang pemancang tersebut. Ini untuk mengelak anak pokok daripada rebah.

Pembajaan untuk membantu kadar tumbesar sebaiknya dijalankan setiap 3 bulan , kawasan sekeliling anak pokok hendaklah dipelihara daripada ditumbuhi oleh tumbuhan perosak. Bahagian batang pokok merupakan bahagian pokok yang perlu diberi perhatian, kerana ianya merupakan bahagian yang akan dirawat kelak untuk penghasilan minyak dan teras apabila pokok mencapai pertumbuhan yang mencukupi. Untuk itu pencambahan dahan-dahan rendah hendaklah dikawal untuk memaksimakan panjang batang pokok, tetapi pencatasan dahan yang berlebihan akan mengganggu pembesaran pokok.

Pokok dijangka akan mencapai ukur lilit batang di sekitar 50-60cm apabila mencapai umur lima tahun. Pokok yang mempunyai saiz sebesar ini sudah sesuai untuk dijalankan rawatan penggalakan resin.

Kaedah Rawatan Pokok

Apabila pokok mencapai  saiz yang tertentu, antara ukuran lilit batang 50-60 cm yang biasanya dicapai selepas 5 tahun penanaman, pokok itu telah sedia untuk dirawat.

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang telah diamalkan oleh pengusaha minyak dan teras gaharu ke atas pokok depu untuk mengalakkan pembentukan resin. Secara primitifnya pokok tersebut akan disakitkan secara mekanikal, iaitu ditatik dengan kapak pada batangnya. Ada pula yang menggunakan paku enam inci yang dipaku pada batang pokok,  dan ada yang menggunakan besi panas dan dawai berduri. Semua usaha ini ialah untuk menyakitkan pokok secara mekanikal.

Ada juga yang menggunakan racun yang disapukan kepada batang pokok yang telah disiat buang kulitnya. Kaedah ini mungkin mempunyai resiko kesihatan kepada pengguna minyak atau teras gaharu yang terhasil.

Terdapat pula yang menggunakan kejutan elektrik bervoltan tinggi ke atas pokok depu, memandangkan secara tabienya pokok depu yang disambar petir ada yang menghasilkan teras dan kayu minyak.

 Terdapat beberapa kaedah yang terhasil dari penyelidikan dan kajian yang dijalankan oleh beberapa orang penyelidik atau institusi ke atas pokok depu. Didapati beberapa jenis fungi yang didapati di dalam pembentukan resin pada pokok depu. Semenjakl 1952 lagi, saintis di India telah mengasingkan Epicoccum granulatum daripada kayu yang terdapat pembentukan resin. Para pengkaji juga telah menemui fungi Penicillium citrinum, Aspergilluss Spp. Fusarium solani, Chaetum globosum di antara fungi yang kedapatan pada kayu depu yang sakit. Beberapa percubaan untuk menonokulasi  fungi tersebut kepada pokok depu telah dijalankan.

Terdapat juga kaedah yang mengabungkan antara kaedah mekanikal, kimia dan biological dalam membuat rawatan ke atas pokok depu. Dipercayai pada masa hadapan yang dekat (near future), beberapa kaedah baru dan berkesan akan ditemui oleh penyelidik bagi mengstimulasi pokok depu untuk menghasilkan resin.

Proses Hiliran Depu

Pokok depu yang telah dirawat akan menghasilkan kayu untuk estraksi minyak dan kayu teras. 

Kayu yang digunakan untuk menghasil minyak akan dikisar menjadi halus (chips) dan akan direndam untuk masa yang tertentu. Selepas itu akan direbus dan dibuat sulingan untuk mendapatkan minyak. Secara asasnya, minyak yang terhasil digredkan berdasarkan bau yang terhasil. Minyak gaharu yang terbaik mempunyai bau manis (seakan bau madu lebah), diikuti bau masam-manis (seakan bau buah plum) dan lainnya. Minyak yang mempunyai bau kayu terendam atau bau kayu reput  dianggap mempunyai gred yang rendah.

Sementara teras pula digred berdasarkan kepadatan (density) teras tersebut. Secara mudahnya, pedagang gaharu mengkelaskan teras yang baik sebagai yang akan tenggelam seluruhnya di dalam air, dikuti oleh yang berada di bawah permukaan air, kemudian yang tenggelam separuh dan akhirnya yang terapung di atas permukaan air.

Teras gaharu selain daripada dibakar untuk mendapat bauannya, juga telah digunakan sebagai bahan di dalam perubatan tradisional belbagai bangsa dan kini digunakan juga sebagai bahan utama bagi minuman kesihatan.

Kayu Depu yang terdapat resin padanya dimesin dan dikisar 
Kayu tersebut kemudiannya direndam
Bahan-bahan tersebut kemudiannya dipanaskan dan diekstrak
Minyak Gaharu yang diporolehi dari proses ekstrak dipisahkan dari air
Minyak Gaharu dipanaskan untuk mengelokkan lagi kualitinya
Minyaknya selain daripada berperanan sebagai minyak wangi, ia telah dikomersialkan sebagai bahan kecantikan, digunakan dalam penyediaan membuat syampo, lotion, cream dan sabun. Air sulingannya telah digunakan sebagai tonik dan juga sebagai air bagi spa dan mandian wap.