- ubat-ubatan
- wangi-wangian
- setanggi dan lain-lain
kayu gaharu digunakan untuk tujuan perubatan sejak beribu-ribu tahaun dahulu hingga kini.perubatan moden dan perubatan tradisional tibet dan asia timur.sahih bukhari kurun ke8m menyebut kayu gaharu digunakan untuk mengubati penyakit pleurisi (pleurisy).Nabi SAW lalu bersabda "takutlah kepada allah.kenapa kamu menyakiti anak-anak kamu menekan anak tekak mereka seperti itu?Gunakanlah oudh AL-Hindi boleh menyembuhkan tujuh jenis penyakit termasuklah penyakit pleurisi.''(Hadis nombor 5718,sahih Bukhari).
pleaurisi adalah penyakit radang pada membren yanag melapisi paru-paru dan rongga torak menyebabkan sakit pada dada semasa bernafas atau batuk dan radang pada pleura.
orang melayu mencampurkan minyak gaharu dengan minyak kelapa sebagai minyak urut liniment atau gaharu direbus dengan pelbagai ramuan lain untuk merawat sengal-sengal tulang dan sengal-sengal badan
wangi-wangian sudah sejak ribuan tahun dahulu dan ini disebut di kitab zabur.
asap gaharu dan minyak gaharu banyak digunakan di timur tengah sebagai wangi-wangian.di india kayu gaharu pelbagai gred disuling dan dicampurkan dengan pelbagai ramuan yanag lain bagi menghasilkan minyak attar,biasanya digunakan oleh orang islam bila hendak bersembahyang kerana wangian gaharu tidak mengandungi alkohol.
salman al farisi (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud; "barangsiapa mandi pada hari jumaat dan mensucikan dirinya sebaik yang mungkinkemudian membubuh minyak pada rambutnya dan minyak wangi pada dirinya dan terus pergi (ke masjid) untuk bersembahyang jumaat dan merapatkan saf sembahyangnya dan bersembahyang bersungguh-sungguh kerana Allah SWT dan tidak berkata-kata semasa khatib berkhutbah maka Allah ampunkan dosanya dari hari jumaat yang lepas hinggalah pada hari jumaat itu." (Hadis nombor 883,sahih Bukhari).
kayu gaharu dijadikan setanggi.apabila dibakar mengeluarkan aroma yang menyenangkan. serbuk kayu dicampur dengan bahan-bahan lain dijadikan colok dibakar didalam rumah atau tempat ibadat bagi mengharumkan persekitaran.
memang sudah menjadi budaya orang timur tengah (arab) membakar kayu gaharu untuk mengharumkan dalam rumah khasnya ketika meraikan tetamu.
sebagai bahan persolekan (orang melayu) khasnya bagi ibu-ibu selepas melahirkan bayi.
kulit pokok gaharu digunakan alat tulis pada zaman dahulu,misalnya sebagai kertas (vietnam dan china) dan tali pintar twine yang dibuat dari aquilaria malaccensis(melaka).
Pelbagai bentuk produk gaharu yang diperdagangkan adalah seperti berikut:
1. bahagaian tunggul dan dahan kayu: bahagian ini yang paling besar dari pokok gaharu berukuran 1-2 meter dan beratnya melebihi 10-20 kilogram. Harganya relatif mahal dan kos pengangkutan juga tinggi. Kebanyakan tunggul atau pangkal pokok datang dari Indonesia. Ianya lebih merupakan barang perhiasan.
2. Bongkah atau kepingan kayu gaharu beresin: Inilah yang dibakar untuk mengharumkan rumah, tempat ibadah, pakaian dan tubuh badan. inilah produk gaharu yang dikehendaki oleh pengguna khasnya dari Timur Tengah.
3. Kayu racik dan kayu racik nipis: sebanyak 10-20% dari bahagian kayu gaharu dijadikan kayu racik nipis yang digunakan untuk menghasilkan minyak gaharu melalui proses penyulingan.
4. Serbuk dan abu: bahan buangan dari proses penyulingan. Ianya digunakan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan setanggi dan colok.
5. Minyak gaharu: Hasil perahan kayu racik, kayu racik nipis dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk melalui proses penyulingan.
6. Pelbagai wangi-wangian: Produk mutakhir yang penghasilannya menggunakan pelbagai ramuan termasuklah minyak gaharu dan lain-lain produk serta derivatif gaharu.