Sabtu, 29 Oktober 2016

Contoh produk gaharu

Pelbagai bentuk produk gaharu yang diperdagangkan adalah seperti berikut:
1. bahagaian tunggul dan dahan kayu: bahagian ini yang paling besar dari pokok gaharu berukuran 1-2 meter dan beratnya melebihi 10-20 kilogram. Harganya relatif mahal dan kos pengangkutan juga tinggi. Kebanyakan tunggul atau pangkal pokok datang dari Indonesia. Ianya lebih merupakan barang perhiasan.

2. Bongkah atau kepingan kayu gaharu beresin: Inilah yang dibakar untuk mengharumkan rumah, tempat ibadah, pakaian dan tubuh badan. inilah produk gaharu yang dikehendaki oleh pengguna khasnya dari Timur Tengah.

3. Kayu racik dan kayu racik nipis: sebanyak 10-20% dari bahagian kayu gaharu dijadikan kayu racik nipis yang digunakan untuk menghasilkan minyak gaharu melalui proses penyulingan.

4. Serbuk dan abu: bahan buangan dari proses penyulingan. Ianya digunakan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan setanggi dan colok.

5. Minyak gaharu: Hasil perahan kayu racik, kayu racik nipis dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk melalui proses penyulingan.

6. Pelbagai wangi-wangian: Produk mutakhir yang penghasilannya menggunakan pelbagai ramuan termasuklah minyak gaharu dan lain-lain produk serta derivatif gaharu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan