- ubat-ubatan
- wangi-wangian
- setanggi dan lain-lain
- ubat-ubatan
pleaurisi adalah penyakit radang pada membren yanag melapisi paru-paru dan rongga torak menyebabkan sakit pada dada semasa bernafas atau batuk dan radang pada pleura.
orang melayu mencampurkan minyak gaharu dengan minyak kelapa sebagai minyak urut liniment atau gaharu direbus dengan pelbagai ramuan lain untuk merawat sengal-sengal tulang dan sengal-sengal badan
- wangi-wangian
asap gaharu dan minyak gaharu banyak digunakan di timur tengah sebagai wangi-wangian.di india kayu gaharu pelbagai gred disuling dan dicampurkan dengan pelbagai ramuan yanag lain bagi menghasilkan minyak attar,biasanya digunakan oleh orang islam bila hendak bersembahyang kerana wangian gaharu tidak mengandungi alkohol.
salman al farisi (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud; "barangsiapa mandi pada hari jumaat dan mensucikan dirinya sebaik yang mungkinkemudian membubuh minyak pada rambutnya dan minyak wangi pada dirinya dan terus pergi (ke masjid) untuk bersembahyang jumaat dan merapatkan saf sembahyangnya dan bersembahyang bersungguh-sungguh kerana Allah SWT dan tidak berkata-kata semasa khatib berkhutbah maka Allah ampunkan dosanya dari hari jumaat yang lepas hinggalah pada hari jumaat itu." (Hadis nombor 883,sahih Bukhari).
- setanggi
memang sudah menjadi budaya orang timur tengah (arab) membakar kayu gaharu untuk mengharumkan dalam rumah khasnya ketika meraikan tetamu.
- lain-lain kegunaan
kulit pokok gaharu digunakan alat tulis pada zaman dahulu,misalnya sebagai kertas (vietnam dan china) dan tali pintar twine yang dibuat dari aquilaria malaccensis(melaka).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan